hati ini.....

TEMAN YANG PALING BAIK ISLAH SEORANG YANG KITA BOLEH DUDUK BERSAMA DIDALAM BUAIAN DAN BERBUAL BERSAMA TANPA BERKATA APA-APA PUN DAN KEMUDIAN BERJALAN PULANG DENGAN PERSAAN BAHAWA ITULAH PERBUALAN YANG PALING HEBAT YANG PERNAH KITA RASAI..

MEMANG BENAR YANG KITA TIDAK AKAN TAHU APA YANG KITA PUNYAI SEHINGGALAH KITA KEHILANGANNYA DAN JUGA BENAR BAHAWA KITA TIDAK AKAN TAHU YANG KITA AKAN RINDUKANNYA SEHINGGALAH IANYA... HADIR

10.1.12

happy new year 2012

selamat tahun baru kepada semua dan juga selamat mencipta azam tahun baru dan pastikan azam yang telah dibuat pada tahun 2011 yang lalu telah pun direalisasikan. Tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan yang tak mampu aku lupakan,pertama aku telah kehilangan dua orang insan yang terdekat dengan aku iaitu ibu saudara aku dan juga ayah sedara (sepupu kepada mama) yang mana mereka telah kembali ke rahmatullah dengan dugaan yang diterima arwah sangat berat untuk di pikul. Ibu saudara aku meninggal bulan 11 tahun 2011 kerana stroke dan ayah sedara aku juga meninggal kerana stroke,terasa seperti satu kehilangan yang besar dalam keluarga kami atas pemergian arwah ibu saudara aku kerana sebelum ini suasana dirumah nenek dikelilingi dengan gelak tawa arwah,kini sunyi sepi,sedih teramat sangat dan masih terasa sunyi tanpa arwah... semoga arwah tenang berada di alam sana.

25hb12 2011 aku pula dimasukkan ke wad sempena menanti hari operation aku 27hb 12 2011,pengalaman yang sangat sukar aku lupakan dalam hidup aku,apa yang aku cuba elakkan itu juga yang akan aku rasai pengalaman operation dan berada di hosp bersama pesakit2 disana....27hb jam 1245 aku dibawa ke bilik bedah diiringi mama dan nenek saudaraku,sedih memang sedih namun setelah aku dibagi ubat penenang aku tak mampu menangis namun hati aku menangis sedih begini dugaan yang aku terima dan terpaksa aku lalui yang aku sendiri tidak menjangkakan....setelah 5 jam aku berada dalam bilik bedah jam 5.30 petang selesai sudah operation aku,aku dibawa ke wad,sebelum itu sebaik sahaja aku keluar dr wad aku muntah kerana kesan ubat bius yang kuat sehinggalah sampai ke wad aku muntah2 lagi sampai la ke pagi sekitar jam 3 pagi aku muntah...sakit,seksanya hanya allah sahaja yang tahu ,namun aku redha aku redha dengan ketentuan tuhan yang sedang menguji aku,esokkan 28hb aku dibenar keluar dr hosp,kerana aku tidak demam dan boleh bergerak,alhamdulililah....




No comments:

Post a Comment