hati ini.....

TEMAN YANG PALING BAIK ISLAH SEORANG YANG KITA BOLEH DUDUK BERSAMA DIDALAM BUAIAN DAN BERBUAL BERSAMA TANPA BERKATA APA-APA PUN DAN KEMUDIAN BERJALAN PULANG DENGAN PERSAAN BAHAWA ITULAH PERBUALAN YANG PALING HEBAT YANG PERNAH KITA RASAI..

MEMANG BENAR YANG KITA TIDAK AKAN TAHU APA YANG KITA PUNYAI SEHINGGALAH KITA KEHILANGANNYA DAN JUGA BENAR BAHAWA KITA TIDAK AKAN TAHU YANG KITA AKAN RINDUKANNYA SEHINGGALAH IANYA... HADIR

15.5.10

wanita dan keadilan

'dunia sekarang memerlukan setiap perkara kita tabah hadapi semua dugaan dan cabaran. hidup ini bukan mudah. setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan...dan kesilapan yang telah dilakukan itu kadang kala sukar diri sendiri memaafkan nya walaupun bukan itu yang dipinta bukan itu yang diinginkan berlaku...manusia itu adalah lemah, manusia bukan jadian tuhan yang sempurna. tapi mengapa kerana kegagalan masa silam menjadi taruhan hidup, menjadi persoalan masa depan kelak...

wanita sememangnya seorang yang tabah. walau hatinya terluka, walau hatinya sakit bak dihiris senjata tajam namun dia tetap melangkah kakinya meneruskan hidup tanpa lelaki...meneruskan perjalanan hidup yang penuh ranjau dan duri...perit dilalui hanya tuhan yang tahu...setitis airmatanya mengalir mengenangkaan nasib diperlakukan begitu, kerana itu bukan pinta nya. kerana manusia lemah dan tak lati dari melakukan kesilapan. wanita ibarat 'penghias dunia' kerana wanita adalah ciptaan tuhan yang dijadikan bagi melengkapkan hidup seorang lelaki dan melahirkan zuriat sebagai penyambung generasi. wanita membawa anak yang dikandung 9 bulan, kakinya melangkah bersama anaknya sebagai pembakar semangatnya bagi meneruskan hidup tanpa lelaki yang menyokong nya...sukar...sukar...kerana bukan itu pintanya dia ditinggalkan begitu sahaja kerana lelaki itu dikatakan' berkuasa'...ya, berkuasa. kerana 'berkuasa' wanita sering teraniaya, wanita sering ditindas, hati dan perasaanya dikasari sesuka hati, hati dan perasaanya dipermainkan ....dirinya dipermainkan...sedih, pilu itulah wanita...

tapi mengapa tiada satu pun keadilan bagi wanita....mengapa sejarah hitam hidupnya menjadi taruhan dunia. mengapa kisah silamnya menjadi taruhan antara perjalanan hidupnya bersama cita2 nya. mengapa sering dipersoalkan.... ya, pengorbanan seorang wanita tak mengharapkan balasan walaupun ia selebar lautan yang luas, pengorbanannya hanya kerana kasih dan sayangnya, ikhlas...tak mengharapkan apa2 janjian ...tapi mengapa akhirnya wanita dibuang seperti 'sampah'...dihina...dicaci dengan ketidakpastian fakta yang benar, hatinya dirobek bak sembilu, hatinya terluka...mengapa ini semua yang harus diterima. walau hatinya terluka dia masih ada untuk lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya, pertolongan , sokongan teta[p diberikan walaupun hatinya telah lama tertutup kuat, luka lama ttp terasa dan berdarah bila keadilan dipersoalkan. dia sentiasa ada untuk sesiapa sahaja yang memerlukannya, namun pabila dia mengiringi langkahnya sendiri dia tiada sesiapa menemaninya, hanya dia membawa hatinya dan gerak langkah kaki yang hanya menuju ke ruang kedamaian, hatinya yang rapuh dibawa menuju mencari ketenangan...

wanita , dia mampu tersenyum walau dasar hatinya menangis bila mengenangkan nasib yang menimpanya kerana dia tidak mahu dikatakan wanita yang lemah walau dasarnya hatinya sememangya terluka...pelbagai hinaan, cacian, tuduhan, kekecewaan telah ditelaninya...harapan demi harapan yang diberikan semuanya palsu semata2 semuanya dusta...sudahlah ! ini semua mainan dunia. mengapa diberi harapan jika hati tak pernah menerima seadanya ketentuan tuhan...harapan itu akhirnya membakar diri sendiri kelak...janji hanya tinggal janji...usahlah berjanji jika janji itu tidak dapat dikotakan kerana janji kelak akan dituntut walau ia tidak mampu lagi ditunaikan...

sindiran sinis, pandangan negatif, cercaan , dll semua lumrah hidup manusia yang tidak ernah memikirkan perasaan orang lain pengorbanan yang telah seseorang berikan kepadanya, kasih dan cinta yang diberikan sungguh tidak dihargai. malah dipersendakan dan dipertaruhkan kerana dendam. walau kadang hati wanita itu telah dicuri oleh insan yang jujur, namun dia tetap teguh meneruskan langkah tidak pernah memandang akan permintaan insan yang jujur itu kerana? kerna hatinya terluka, hatinya bukan untuk dipermainkan lagi ...namun tuhan maha berkuasa dia tak pernah membiarkan umatnya yang teraniaya sendiri lagi mengorak langkah yang penuh duri..kerana itu dia turunkan sekeping hati dari lelaki yang benar2 menyayanginya untuk mengubati hatinya yang terluka dan bersamanya jua dia akan sentiasa menemani wanita dalam meniti hari2 yang penuh liku... wanita itu kini telah diadili oleh tuhan kerana haya tuhan sahaja yang tahu kejujuran hatinya...doa dan harapan agar ia berkekalan dan sanggup menerima seadanya dirinya...dan doa koga usahlah ''lukai hati ini lagi.''...kerana aku wanita aku perlukan keadilan dan kasih sayang bukan hati ku untuk dipermainkan kelak...bukan aku untuk dibuang begitu sahaja ketika tidak diperlukan...dan bukan aku pinbta untuk dihina sebegini rupa...kerana hati ku mudah terluka dan hanya tuhan mampu membalas segala apa yang terjadi dan hanya tuhan mengerti apa yang tersirat disebalik kelukaan ini....'

No comments:

Post a Comment