hati ini.....

TEMAN YANG PALING BAIK ISLAH SEORANG YANG KITA BOLEH DUDUK BERSAMA DIDALAM BUAIAN DAN BERBUAL BERSAMA TANPA BERKATA APA-APA PUN DAN KEMUDIAN BERJALAN PULANG DENGAN PERSAAN BAHAWA ITULAH PERBUALAN YANG PALING HEBAT YANG PERNAH KITA RASAI..

MEMANG BENAR YANG KITA TIDAK AKAN TAHU APA YANG KITA PUNYAI SEHINGGALAH KITA KEHILANGANNYA DAN JUGA BENAR BAHAWA KITA TIDAK AKAN TAHU YANG KITA AKAN RINDUKANNYA SEHINGGALAH IANYA... HADIR

15.4.11

perginya untuk selamanya........

sesungguhnya manusia ,haiwan dan tumbuhan adalah makhluk ciptaan tuhan yang maha esa,manusia dijadikan dengan berakal dan bernyawa,manakala haiwan dijadikan tiada akal namun 'mereka' punyai perasaan walaupun mereka tidak dapat berfikir seperti manusia dan juga tumbuhan,tumbuhan juga mampu hidup dan 'bernyawa'dan kerana itu jika 'mereka'dilukai atau diracuni..'mereka' akan mati,itulah lumrah kehidupan..namun sukar sekali untuk menerima makhluk yang telah diamanahkan oleh tuhan kepada kita ( sbg manusia) untuk menerima hakikat bahawa sesuatu yang kita sayang akan dan telah pergi juga buat selamanya

begitu jugalah hayat kehidupan seekor haiwan yang bernama 'Kucing'...'mereka' tergolong dalam kelompok binatang yang cantik dan comel..sifat kemanjaan,perhatiaan dan nalurinya membuat dirinya akrab bila bersama tuan yang memeliharanya...bertahun-tahun bersama diberi makan,dijagai seperti ''bayi'' yang baru dilahirkan sungguh perhatian hanya kerana dia Kucing...'mereka' cerdik pandai dengan asuhan tuannya dan 'mereka'sesungguhnya diciptakan dengan sifat yang cerdik..'mereka' mampu mendengar,faham,memberi tindak balas agar tuannya faham,menjaga keselamatan,menenangkan dan mengawal..itulah sifat-sifat 'mereka' yang telah dicipta...
dulu dianugerahkan kepada aku seekor kucing yang diberi nama ''fifiey'' bukan betina tapi jantan itulah yang menjadi tanda tanya kenapa nama seakan kucing betina..aku juga tidak tahu bagaimana dan kenapa nama itu yang diberi namun aku suka dan kerana nama itu dia telah bersama ku seawal usia masih ''bayi'' dan sehingga berumur hampir lebih kuraang 8 tahun..8 tahun sungguh lama, seawal fifiey merangkak aku menjaganya sehingga bulan Mac 2011 dia telah pergi buat selamanya..dia seekor haiwan yang sangat cerdik bagi aku dan kerana itulah aku sukar menerima kenyataan bahawa dia telah meninggalkan aku buat selamanya...namun apa yang membuat aku bertambah sedih,disaat-saat terakhir nya,dia telah sakit..itulah mungkin  petanda yang aku sendiri  tidak sedari dia akan pergi namun hati dan naluri aku dapat merasakan dengan kuat bahawa seolah-olah dia dia akan tinggalkan aku namun aku berdoa dan terus berdoa agar tuhan memanjangkan hayatnya dan diberi kekuatan untuk  lalui penyakitnya...selama beberapa hari dia sakit,muntah-muntah dan selalu termenung,hati aku sedih,pilu dan aku terus menangis kenapa tiba-tiba dia sakit, banyak termenung,bila dia melihat aku seolah-olah dia ingin mengatakan sesuatu kepada aku,dan hati aku pilu..airmata ku mencurah-curah seoalah-olah aku dapat memahami dan merasai segala kesakitannya waktu itu..aku mandikannya supaya dia segar kembali ,aku berinya makan namun sedikit pun dia tidak menyentuhnya,pilu dan sebak bila aku lihat makanan yang aku hidangkan tidak disentuh,aku harus bagaimana lagi......aku menyentuh tubuhnya,terasa semakin susut tubuh badannya,muka nya semakin cengkung. Selang beberapa hari doa aku dimakbul dia mulai makan dan minum tapi hanya sedikit namun itu sudah cukup mengembirakan aku mungkin fifiey kasihan pada aku kerana setiap masa aku menitiskan airmata aku bila melihat dia yang sedang sakit dna dia mula mengambil ahti aku dan makan walapun dia tidak ingin..dia makan dan aku gembira namun aku turut sedih dan takut..aku dapat rasa seperti fifiey akan tinggalkan aku..aku menangis dan berdoa sentiasa..selang beberapa hari fifiey telah pergi menghilangkan diri dan waktu itu tuhan telah takdirkan aku terpaksa balik ke kampung..hati aku berat waktu itu mahu pulang ke kampung kerana aku memikirkan fifiey namun aku terpaksa pergi..mungkin atas pemergian aku itu telah ditentukan fifiey telah pergi tinggalkan aku buat selama-lamaya atas alasan yang aku sendiri tidak ketahui..selama pemergian aku ke kampung aku dapat merasakan sesuatu yang sukar aku menerima kelak..namun bila aku balik kerumah beberapa minggu aku mencari fifiey,ternyata dia telah tiada lagi...aku cuba tabahkan hati aku mungkin fifiey diambil orang namun ternyata tidak dan sukar juga untuk aku percayakan bahawa fifiey mati dengan begitu dasyat..percaya atau tidak sukar atau tidak aku harus terima itulah fifiey,kucing yang telah mati dan dijumpai berhampiran longkang dan hampir reput, aku seakan-akan rebah dan pitam bila mendengar khabar berita itu..namun aku tabahkan hati dan kuatkan semangat, namun aku tak mampu..aku tak mampu menerima takdir fifiey akan pergi secepat itu dengan keadaan yang sungguh menyayat hati dan mungkin sebab tulah juga dia tidak mahu aku lihat dia mati didepan aku dengan keadaan begitu seksa dan aku terpaksa balik ke kampung kerana ada urusan keluarga...pilu dan sedih bila aku kenangkan fifiey

setiap hari masih terdengar-dengar suara dia...kelibat dia berjalaan masuk kerumah dan menunggu aku bagi makan,aku terbayang-bayang dia berada di atas sofa didepan tv tempat aku bermanja dengan dia..didepan pintu tempat dia masuk dan menuju kepada aku untuk bermanja-manja bila aku memanggilnya..sedih sangat ..kenapa sukar menerima semua ini ya allah....

saat aku bangun dari tidur dia sudah ada didapur menunggu aku bagi makan..saat abah balik dari surau sembahyang subuh dia akan tunggu abah selekoh jalan menuju rumah aku dan pastikan abah balik bersama dia kerumah,saat aku balik ke rumah semasa cuti sem,aku sampai sesudah subuh dia menunggu aku di muka pintu dan masuk bersama aku kerumah, saat aku mandikan dia dia jarang sekali melukai aku malah dia akan hanya  diam-diam dan 'mengiao-giao' saja,saat aku memamsak didapur dia mendongakkan kepala sambil mengelip-ngelipkan mata (nakal-nakal) dia memandang  aku seoalah-olah mahu aku beri makan kepadanya...dia tidak membunyikan suaranya denga kuat kerana dia faham aku akan memberi makan kepadanya juga walaupun aku sibuk didapur..dan saat akutidak membuka pintu rumah untuk dia keluar kerana aku merada dibilik,dia naik ke atas dan pergi ke bilik aku memanggil-manggil aku dengan nada yang kuat minta membuka pintu kerana dia mahu keluar,dan kadang aku berada dibilik dan mahu turun ke dapur,dia sudah tunggu didepan tangga tempat aku turun dan memanggil-manggil aku kedapur ...sedih sangat bila aku ingat semua tu....sedih..sesungguhnya dia sentiasa ada dalam ingatan dan kenangan aku...disaat aku kesedihan aku luahkan pada fifiey,walapun dia tidak dapat bercakap seperti manusia namun aku dapat rasakan dia pendengar yang baik dan aku dapat rasa dia juga mahu aku sabar dalam jalani hidup ini..dan kuatkan semangat...dia mendengar dan memandang aku dengan penuh perhatian dia tahu aku sedih dan dia cuba hiburkan aku ketika aku dalam kesedihan...

aku doakan semoga 'roh' fifiey sentiasa tenang di alam sana..dan moga tuhan  memberikan dia pahala kerana telah membahagiakan aku sepanjang hatatnya...dan semoga tuha mengampukan dosa aku sekiranya aku telah berbuat zalim padanya sepanjang dia hidup..walapun hidup ini terasa kosong dan sepi tiada teman berbual namun aku harus tabahkan hati walaupun perit untuk menerima aku doakan semiga fifiey mendoakan aku berjaya dan aku tidak akan melupakan dia buat selama-lamanya.





No comments:

Post a Comment