hati ini.....

TEMAN YANG PALING BAIK ISLAH SEORANG YANG KITA BOLEH DUDUK BERSAMA DIDALAM BUAIAN DAN BERBUAL BERSAMA TANPA BERKATA APA-APA PUN DAN KEMUDIAN BERJALAN PULANG DENGAN PERSAAN BAHAWA ITULAH PERBUALAN YANG PALING HEBAT YANG PERNAH KITA RASAI..

MEMANG BENAR YANG KITA TIDAK AKAN TAHU APA YANG KITA PUNYAI SEHINGGALAH KITA KEHILANGANNYA DAN JUGA BENAR BAHAWA KITA TIDAK AKAN TAHU YANG KITA AKAN RINDUKANNYA SEHINGGALAH IANYA... HADIR

1.6.11

ISTIADAT KONVOKESYEN KE 74,UITM SHAH ALAM,DEWAN AGONG TUANKU CANCELOR (DATC) UITM SHAH ALAM,SELANGOR

Tanggal 19 mei 2011 jam 12.30 tengahari aku menjejakkan kaki ini ke DATC untuk majlis istiadat konvokesyen aku yang mana hari itu aku akan dikurniakan segulung kertas yang tertera nama dan bidang yang aku timba ilmunya tanpa penat dan jemu demi segulung ijazah...

5 tahun aku nanti-nantikan untuk milikinya..belajar dan terus belajar..gagal dan terus gagal...berjaya dan terus berjaya, kecewa dan terus kecewa..gembira dan terus gembira serta menangis dan terus menangis demi menjejakkan kaki ke pentas DATC ini untuk menerima penghargaan dari yang berhak memberi kurniaan tersebut. Bermulanya aku melanjutkan pengajian SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA( STPM) selama 2 tahun di SMK TENGKU LELA SEGARA,MARANG,TERENGGANU,bermacam-macam aku tempuh sebagai persediaan bagi melangkah kaki ke Universiti. Langkah pertama aku di tingkatan 6,aku memohon hajat dan doa semoga jalan yang aku pilih ini akan membawa aku kepada kejayaan kelak dna aku ingin menggemgam segulung ijazah kelak demi menunaikan harapan kedua orang tua ku dan juga impian abg-abg ku dan juga demi masa depan aku dan keluargaku. Setangga demi setangga aku mendaki...hari ke hari aku tempuh sepanjang aku berada di tingkatan 6..sukarnya melalui masa-masa tingkatan 6 telah aku lalui,dengan dorongan keluarga,kawan-kawan,saudara mara dan juga insan tersayang aku berjaya menjejakkan kaki ini ke menara gading,Universiti Teknologi Mara,shah alam,selangor..

Disember 2007 aku mendapat tawaran daripada UITM shah alam,bahawa aku telah berjaya dan diterima masuk ke UITM ini..aku gembira dan tidak dapat aku bayangkan betapa bahagianya kedua orang tua aku dan mereka telah memesan kepada aku,bahawa mereka mahu lihat aku memegang segulung ijazah kelak dan imgin melihat aku menaiki pentas mengambil segulung ijazah..dan 19 mei 2011,detik yang aku nanti-nantikan selama 3 tahun aku di UITM,pahit manis berada di UITM shah alam,banyak perkara yang aku lalui,menangis dan kecewa,jatuh bangun aku semasa 3 tahun disana aku telah laluinya dengan tabah. Bermacam-macam dugaan yang telah aku tempuhi,kesakitan hanya aku yang lalui,namun kerana kekecewaan yang pernah dialami aku bangkit dan terus bangun dari kegagalan dan kekecewaan hidup demi keluarga yang mengharapkan aku berjaya,aku bangun walaupun kaki ini sungguh berat dan aku perlu bangun dari kekecewaan hidup,aku melangkah kaki ini menaiki setangga demi setangga walaupun beribu airmata aku titiskan dek kerana kesedihan dan kekecewaan hidup terutama dalam percintaan..semua orang pernah mengalami kekecewaan dalam percintaan namun jangan lah kerana kekecewaan yang terjadi hidup kita musnah,sabar dan tabahkan hati ,teruskan lah perjalanan walapun pahit untuk dilalui,semua itu dugaan dalam menguji ketabahan hati kita...dan kini aku telah mendapat apa yang aki impikan,segulung ijazah sarjana muda  dengan kepujian.

sesunggguhnya bukan mudah untuk melalui dugaan-dugaan semasa dimenara gading..walau beribu dugaan yang mendatang,kuatkan lah hati,ingat Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar dan tabah dalaam hadapi ujiannya...dan tibalah masa untuk aku memulakan langkah ke alam kerjaya..doakan semoga aku berjaya dalam hidup...


bersama c.ct dan c.dba
mas, dan c.da
aku bersama segulung ijazah



abah dan mama

bersama insan tercayang


jijaah ngan c.da

No comments:

Post a Comment