hati ini.....

TEMAN YANG PALING BAIK ISLAH SEORANG YANG KITA BOLEH DUDUK BERSAMA DIDALAM BUAIAN DAN BERBUAL BERSAMA TANPA BERKATA APA-APA PUN DAN KEMUDIAN BERJALAN PULANG DENGAN PERSAAN BAHAWA ITULAH PERBUALAN YANG PALING HEBAT YANG PERNAH KITA RASAI..

MEMANG BENAR YANG KITA TIDAK AKAN TAHU APA YANG KITA PUNYAI SEHINGGALAH KITA KEHILANGANNYA DAN JUGA BENAR BAHAWA KITA TIDAK AKAN TAHU YANG KITA AKAN RINDUKANNYA SEHINGGALAH IANYA... HADIR

11.6.11

petua menantu disayangi

Saban hari banyak kes yang kita dengar didada akhbar tentang pelbagai permasalahan antara menantu dengan mertua,kes antara menantu lelaki dengan ibu mertua/ayah mertua mahupun menantu perempuan dengan ibu/ayah mertua ataupun dengan keluarga mertua. Bukan mudah untuk diungkap perkara ini kerana ia terlalu rumit untuk diperkatakan.Bila satu ikatan perkahwinan telah terbentuk makan tanggungjawab yang dipikul juga berat dan juga dalam masa yang sama juga pabila tanggungjawab itu terlaksana ia juga perlu memikirkan banyak perkara dalam menjaga hubungan baik antara menantu bersama keluarga menrtua. Tidak semua orang boleh terima kelebihan dan kekurangan kita dan mungkin juga sesetengah orang dapat menerima kelebihan dan kekurangan itu,namun kita digalakkan untuk menggunakan sebaik mungkin kelebihan itu untuk kebaikan dan kekurangan itu diasah dan dibentuk untuk kita menjadi lebih baik dan bukan kita hanya menerima kekurangan itu semata-mata tanpa merubah untuk kebaikan semua pihak. Hidup ini segala yang baik kita jadikan sepabagai garis panduan hidupdan yaang buruk kita elakkan. Bukan mudah menjadi seorang menantu yang disayangi dan disukai oleh mertua,ikutilah tips2 ini dan diharap ia dapat dijadikan pengajaran dan panduan bagi mereka yang ingin disayangi mertua kelak:

1-Selalu bertanyakan khabar mereka,sekiaranya anda jauh,telefon,SMS,email atau 3g pun boleh asalkan dapat berhubung dengan mereka.Zaman sekarang teknologi sudah canggih so,manfaatlah segala yang ada untuk berhubung dan bertanyakan khabar mereka agar mereka sentiasa mengingati anda dan mendoakan kesejahteraan anda dan pasangan.

2-Luangkan masa bersama mertua. Berilah peluang untuk anda dan pasangan bersama-sama mertua meluangkan masa bersama seperti berkhelah,bercuti,memancing,berjalan-jalan atau membeli belah bersama-sama. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama menantu dan mertua.Dalam pada itu juga menantu juga dapat berbincang dengan mertua sekiranya ada permasalahan antara anda dan pasangan.

3-Pandai mengambil hati. Teknik ini mudah sekiranya anda boleh berubah untuk kebaikan. Sebagai contoh,sekiranya mertua datang kerumah anda untuk bercuti,andaa seharusnya bersiap sedia seperti keadaan rumah yang bersih dan teratur,bilik untuk tetamu,menyediakan keperluan untuk tetamu seperti kelengkapan diri (sekiranya mereka tidak membawa) seperti tuala mandi,bantal,selimut,cadar atau tilam tebal. Dan yang paling utama adalah menantu (perempuan)  haruslah menyediakan menu masakan untuk para mertua yang datang kerumah dengan hidangan yang lazat serta menyelerakan,tidak semsetinya menu yang dihidang perlu mahal-mahal atau berstatus ''chef'' tapi cukuplah dengan ia dihidangkan dari airtangan menantu itu sendiri. Namun kesibukan ramai wanita sekarang yang bekerja, mereka selalu abaikan tanggungjawab ini,malah menrtua yang datang kerumah dan hanya terhidang diatas meja roti kosong. Ini tidak harus dilakukan,sebaik mana mertua ada kala mereka kecewa dengan sikap menantu seperti ini,bukan sahaja dinilai sebagai seorang PEMALAS,tapi juga TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!!!! tugas sebagai menantu pabila mertua datang kerumah adalah menyediakan makan dan minum mereka,tempat tidur dan keperluan lain.

Tidak kira awal pagi mereka bangun,tugas ini perlu mereka lakukan,seperti menyediakan sarapan untuk mereka,ini kerana setiap apa yang dilakukan oleh menantu  akan dinilai oleh mertua walaupun sebesar ''biji timun'' dan mereka tidak akan berterus terang tentang kelemahan menantu tapi tingkah laku mereka kelak itulah yang akan menimbulkan segala persoalan tentang kelemahan anda yang selama ini anda tidak sedar. Sesibuk mana anda bekerja,tanggungjawab anda pada mertua harus dilakukan melebihi diri anda.Mertua bukan sekadar mertua tapi juga ibu bapa anda juga yang bertanggungjawab menjaga anda sebagai menantunya. Ingatilah jangan lah hanya mementingkan diri sendiri lalu mengabaikan tanggungjawab pada mertua,mereka juga seperti ibu dan bapa anda. Kelemahan anda itu sebenarnya menunjukakan keburukan diri anda,dan pada mata mertua mereka mahukan menantu yang pandai mengambil hati,rajin memasak untuk mereka,membelikan hadiah atau cenderamat sebagai kenangan ataupun membawa mereka ketempat-tempat yang indah.

1 comment:

  1. Setuju. Ibu bapa mertua juga ibarat ibu bapa kita sendiri.

    ReplyDelete