hati ini.....

TEMAN YANG PALING BAIK ISLAH SEORANG YANG KITA BOLEH DUDUK BERSAMA DIDALAM BUAIAN DAN BERBUAL BERSAMA TANPA BERKATA APA-APA PUN DAN KEMUDIAN BERJALAN PULANG DENGAN PERSAAN BAHAWA ITULAH PERBUALAN YANG PALING HEBAT YANG PERNAH KITA RASAI..

MEMANG BENAR YANG KITA TIDAK AKAN TAHU APA YANG KITA PUNYAI SEHINGGALAH KITA KEHILANGANNYA DAN JUGA BENAR BAHAWA KITA TIDAK AKAN TAHU YANG KITA AKAN RINDUKANNYA SEHINGGALAH IANYA... HADIR

1.6.11

SEBAB2 HUBUNGAN TIDAK MAMPU BERTAHAN

1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan tidak kira lelaki maahupun wanita. Penipuaan meruoakan satu pengkhianatan dalam sesuatu perhubungan dan hubungan menjadi tidak bererti lagi sekiranya wujud penipuan. Tapi mengapa penipuan mesti wujud? adakah untuk menutup segala kesalahan lalu atau takut kehilangan insan tersayang?

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat. Sesetengah lelaki pabila mengenali wanita yang dianggap betul-betul serasi dengan dirinya makan dia meletakkan harapan yang tinggi agar wanita tersebut menjadi miliknya nanti namun adakah wanita tersebut juga menaruh harapan yang sama? atau wanita tersebut juga mahukan  yang sama tapi dia memerlukan masa untuk memikirkan masa depan hubungan kerana tanggungjawab yang perlu dilunaskan?kebebasan perllu bagi setipa pasangan yang baru/sudah lama bercinta,bebas tidak bermaksud boleh bertindak apa saja mengikut kemahuan sendiri tanpa memikirkan haati dan perasaan pasnagan tapi bebas tapi bertangggungjawab dan jujur dalam setiap tindakan yang dilakukan. setiap pasangan juga memerlukan ruang untuk bersendiri,berfikir dan merehatkan diri tanpa ada sebarang gangguan. Bukan mahu lari dari pasangan,tapi cuba lah bagi pasangan anda ruang untuk dirinya sendiri dan janganlah terlalu mengongkong dirinya .


3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan. Jika anda mahukan perhubungan kekal ke jinjang pelamin peliharalah hubungan,jangan jadikan masa silaam pasangan anda motif untuk anda melepaskan segala tekanan dan perasaan marah anda dulu/sekarang hanya kerana kesilapan pasangan anda..manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan dalam hidup oleh itu,bimbinglah pasangan anda,berilah dia semangat baru bukan menunding jadi atas kesilapan dulu kerana itu akan mengeruhkan lagi keadaan dan masalah anda berdua.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan. Setiap pasangan yang diciptakan oleh tuhan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing,Setiap pasangan mesti mempunyaia pendapat/ idea tersendiri,so terimalah idea /pendapat pasangan anda dengan cara yang baik,walaupun pendapat itu mungkin tidak masuk akal atau menyinggung perasaan anda tapi ucapkan lah terima kasih atas pendapat yang diberi,dan anda boleh mengeluarka pendapat anda dan bertanyakan kepada pasangan anda adakah pendapat/idea anda boleh diterima atau tidak,berbincang dan cari la jalan penyelesaian yang terbaik.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka. Tambahan pula pada zaman sekarang,terlalu ramai kaum wanita yang bekerja dan mempunyai status yang tinggi iaitu berpangkat tinggi seperti CEO,pengurus,pegawai tinggi kerajaan/swasta dan lain-lain lagi. Ini sedikit sebanyak menyebabkan ramai golongan lelaki bimbang dan takut mendekati golongan ini yang berstatus tinggi kerana bagi mereka (kaum lelaki),wanita yang berstatus tinggi hanya mementingkan kerjaya semata-mata serta mengambil masa untuk memikirkana soal perkahwinan,kerana bagi mereka pabila mereka berjaya dalam kerjaya,mereka mampu miliki apa sahaja yang mereka inginkan sedangkan status lelaki tersebut rendha berbanding wanita tersebut dan semestinya mereka hanya mampu miliki apa yang termampu dan beserdehana dalam kehidupan. Dalam soal perkahwinan pula semestinya timbul pelbagai konflik yang semestinya mengaitkan status suami atau isteri. Pabila keperluan tidak dapat dipenuhi makan timbulllah pelbagai masalah dan komplikasi antara pasangan.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

No comments:

Post a Comment